top of page

Sekitar berkenaan dengan Nikah Khitbah

​      Sedikit pengenalan, nikah khitbah merupakan amalan kebiasaan masyarakat Arab dan sebahagian masyarakat Melayu di Malaysia di mana dilangsungkan majlis pertunangan dan disekalikan dengan akad nikah.

       ï»¿Maka pasangan tersebut sah sebagai suami isteri cuma belum lagi menjalani kehidupan berumahtangga.

Dengan ini,  pasangan boleh menumpukan komitmen masing-masing terlebih dahulu
dalam masa yang sama tidak timbul masalah sosial perhubungan yang rata-rata berlaku di Malaysia.
Boleh baca artikel di bawah :-


[Petikan daripada artikel Ustaz Nasruddin Hassan]



"6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

​​

                  - Suami
                  - Isteri
                  - Wali
                  - Saksi
                  - Aqad [ Ijab Qabul ]
​
​

      Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

-Masih menuntut di kolej atau universiti
-Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
-Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
​


     Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya."

"
10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini biasa dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [antara pertunangan dan perkahwinan] menjangkau tahun lamanya.

​​​​​

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara ."​​​​​​​​​​



Baca selanjutnya di sini - nikah khitbah satu alternatif



Boleh lihat penerangan terperinci di sini - Alkuliyyah (2012) - Nikah Gantung

bottom of page